PEMBERITAHUAN

Para pembaca boleh memesan buku yang diminati melalui nbkara.com.my atau email kepada admin@nbkara.com.my


Pembayaran boleh melalui pembayaran ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855 Alliance bank account NBkara 120340010015114 Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau admin@nbkara.com.my dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B Taman Prima Saujana 43000 Kajang Selangor


Semua penghantaraan di Semanjung akan mengunakan pos laju dan tidak dikenakan sebarang bayaran.

Senarai Harga Novel boleh anda lihat di column sebelah kanan 'HARGA NOVEL' Untuk Sabah Sarawak harus mengikut harga asal SABAH/SARAWAK penghantar adalah percuma







BUNGA DI RIMBA

BUNGA DI RIMBA
RM21/RM24

PESTA BUKU SELANGOR

PESTA BUKU SELANGOR
Di Gerai N23, SACC Convec, Shah Alam Selangor

Tuesday, October 26, 2010

SAYANG SEORANG QAISER4




Hujan lebat di luar. Ditambah lagi dengan penghawa dingin yang sepanjang masa terpasang, membuatkan kot tebal yang dipakai seperti menyarung kain satin yang halus. Sejuk teramat! Masa minum petang dihabiskan dengan membakar paru-paru. Asap rokok berkepul-kepul di udara. Lobi bank di tingkat bawah itu sudah menjadi lokasi wajib bagi si perokok tegar memanaskan badan dengan cara mereka yang tersendiri.
Lagaknya memegang puntung mengalahkan seorang lelaki. Rokok mentol sudah dua batang dihisapnya. Dia memandang ke atas melihat tujahan butir-butir halus yang rakus mencium tanah. Ralit dia merenung permukaan tanah yang datar, boleh berlopak dek dihentam air hujan bertubi-tubi. Bukan sesuatu yang pelik tetapi fikirannya yang kosong menerawang, matanya tertancap hanya di situ.
“Hoi, Qis! Minah ni kalau bukak kilang tak pandang kiri kanan. Macam naga menyembur, buruk perangai!”
Dua orang perempuan bermekap tebal jalan beriringan dengan payung warna-warni berjenama Avon di tangan. Kedua-duanya berskirt pendek paras lutut dengan kemeja ropol-ropol di leher manakala seorang lagi kemeja bercorak jejalur halus, terbuka butang di bahagian dada menyerlahkan apa yang sendat di dalam. Dua Jula-juli itu bukannya dari bintang tujuh tetapi dari jabatan korporat dan kesetiausahaan.
“Amboi, sedap mengata! Kau berdua mahu ke mana hujan-hujan ni? Siap berpayung bagai! Tuang kerja ya?”
Hey, kami tak pernah tuang kerja, okey! Panas-panas ni sedap kalau makan pisang goreng sejuk. Itu yang kami nak memborong ni. Hihihihi.”
Kahkahkah. Apalah kau ni, Dora! Fail menyusun ayat! Macam manalah kau boleh kena campak kat secretary department tu? Sejuk-sejuk ni sedap kalau makan pisang goreng panas. Hah, baru betul! Kahkahkah.”
“Kut ya pun janganlah gelak macam raksasa jadian, Qistina oi. Bergema satu lobi ni dengan gelak tawa kau tau. Nak follow kami tak?”
“Boleh... boleh tapi gerai mana kau nak terjah hujan-hujan ni?”
“Gerai pisang goreng abe Kelate seberang jalanlah, Qis oi. Gerai mana lagi? Aku tengok abe Kelate tu, sejuk hati aku. Muka macam tak bersalah saja mamat tu bila tengah menggoreng pisang... alahai... Mengigau tak tidur malam kalau sehari tak tengok muka innocent dia. Mahu saja aku culik mamat tu masukkan dalam beg Avon aku tau.”
Kahkahkah. Kau ni pun dua kali lima sama dengan Dora. Tasteless! Ada apa pada muka kalau setakat goreng pisang, silap-silap nanti kau yang menyara dia. Kau sanggupkah, Cik Laura?”
“Helooo, tasteless kami pun stok boyfriend kami bersusun sampai bulan depan, ya. Harus ingat di situ! Kau, satu habuk pun tarak.”
“Sebab Qistina bukan macam Dora atau Laura, ya. Harus diingat jugak di situ.”
Tiga Jula-juli itu berpayung menyeberangi jalan menuju ke gerai pisang goreng yang menjadi tempat musyawarah ketiga-tiga Muslimah itu. Sepinggan besar pisang goreng masih berasap dihidangkan kepada mereka. Terhembus-hembus Dora meniup pisang goreng yang kuning rangup kulitnya itu untuk disumbat ke dalam mulut, tidak sabar-sabar. Meliuk lentok kedua-duanya bermain-main dengan rambut apabila peniaga lelaki yang berasal dari Kelantan itu tersenyum manis.
“Hoi perempuan! Merenyam betul! Sudah-sudahlah wei...”
Yelah...yelah... Makan pisang ni, aku belanja. Chup... chup!”
“Hah, apesal?”
“Kau dah tempah baju untuk hujung minggu ni, Qis?”
“Ada apa hujung minggu ni?”
“Helooo... kau ni Qis, blur jugak orangnya. Hari keluarga banklah, apa lagi? Buat kat Genting Highlands okey! I like! Aku siap tempah kot bulu-bulu cutting kat pinggang tau...! Harus aku paling vogue waktu tu!”
“Ya ampun! Kau ingat ini Grammy Award sampai nak pakai kot bulu-bulu ni?  Apa yang best sangat family day ni? Tahun lepas aku pergi, punyalah bosan nak mampus!”
Qistina mencebirkan bibirnya. Kawan-kawannya yang berdua ini memang pelik. Hanya mahu ke Genting pun sudah menempah kot berbulu. Tak kuasa dia!
“Kau bosan sebab kau tak berteman. Itulah, aku suruh kau cari jantan tapi tak nak!”
“Kau Dora kalau bercakap, cubalah bertapis! Bunyi cari jantan tu macam aku ni perempuan tak ada kelas. Excuse me!”
Mamat-mamat bank ni punyalah berlambak, kau pilih saja mana satu yang berkenan di hati, Qistina oi! Kau malu, biar aku tengok-tengokkan mana satu yang boleh aku kenen-kenenkan untuk kau.”
Selamba sahaja Dora, menyebabkan Qistina mengerling tajam!
“Isy, tak kuasa aku! Masuk tahun kedua aku kerja di bank ni, tak ada sorang pun lelaki yang boleh menambat hati aku, tau.”
“Kau ni memilih sangat. Cuba kau story kat kami sikit, kriteria lelaki pilihan kau macam mana?”
Laura memancing Qistina bercerita, lelaki mana yang menjadi pilihannya.
“Aku tak suka lelaki badan macam Malek Noor dan perasan macho ni. Selera aku biar lelaki tu skinny tapi fit badan dia. Muka pulak ada Mediterranean essence sikit-sikit. Ada kerjaya tetap yang stabil, romantik and a little bit mystery!”
Baik Dora mahupun Laura menjerit sekuat hati sebaik sahaja Qistina menerangkan ciri-ciri lelaki idaman yang didambakannya. Terpelanting separuh pisang goreng yang masih bersisa di jari Qistina. Punyalah melayang semangat perempuan itu ditempik suara halilintar kedua-dua kawannya yang macam orang tidak siuman lagak mereka.
“Kau berdua ni kenapa? Gila meroyan?”
Gerama Qistina dengan ke dua-duanya. Terbeliak matanya merenung sahabatnya itu.
“Kami rasa kami dah jumpa calon yang sesuai untuk kau, Qistina binti Luqman Hakim!”
“Hah, siapa?” 
Terkocoh-kocoh Dora meminta ‘abe Kelate’nya membungkus pisang goreng yang masih ada empat ketul di pinggan. Duit kertas hijau RM5 bertukar tangan. Qistina terpinga-pinga melihat gelagat tidak betul Dora dan Laura yang macam tidak menyempat mahu beredar dari gerai itu.
Payung dibuka dan mereka berdua berlari-lari anak memasuki bangunan bank yang cuma beberapa langkah di hadapan. Terkedek-kedek Qistian mengikut langkah kedua-dua sahabatnya itu. Tepat-tepat 15 minit mereka menghabiskan masa minum petang yang diperuntukkan.
“Hari ni kau ada buat OT tak?”
“Hah? Soalan apa ni? Kalau ada kerja banyak, sampai ke malamlah baru aku balik. Lagipun ketua unit macam aku mana boleh claim OT.”
“Eh, lupalah pulak. Maaflah sebab kami ni kerani saja. Hihihihi. Kalau kau nak jumpa soul mate kau... dalam pukul lapan malam, kau pergi tingkat empat belas.”
“Tingkat empat belas? Seriau aku! Bukan tingkat tu orang kata keras?”
“Memanglah keras sebab bangunan bank kita ni struktur buatannya batu! Hish, kau ni Qis! Kau ikut sajalah cakap kami. Kami cabar kau!”
Qistina mengerutkan kening, tidak kendur-kendur. Sepanjang mengenali Dora dan Laura yang berkhidmat lebih lama daripada dirinya, ada sahaja gosip-gosip dan cerita karut-marut yang dia dengar dari mulut mereka berdua.
Apa pula kali ini? Setahu Qistina, tingkat empat balas di bank itu agak sunyi kerana di situ terletaknya pusat sumber bank dan surau tempat beribadat. Bukan ada jabatan-jabatan lain pun beroperasi di tingkat tersebut.
Qistina kembali melangkah ke jabatannya, jabatan pemasaran. Sekejap sahaja sudah dua tahun dia berkhidmat di bank yang menjadi punca rezekinya sejurus tamat pengajian ijazah. Menyandang jawatan ketua unit pemasaran memerlukan dirinya sentiasa anggun dan ringan mulut bagi mempromosikan setiap produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak bank.

No comments: