PEMBERITAHUAN

Para pembaca boleh memesan buku yang diminati melalui nbkara.com.my atau email kepada admin@nbkara.com.my


Pembayaran boleh melalui pembayaran ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855 Alliance bank account NBkara 120340010015114 Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau admin@nbkara.com.my dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B Taman Prima Saujana 43000 Kajang Selangor


Semua penghantaraan di Semanjung akan mengunakan pos laju dan tidak dikenakan sebarang bayaran.

Senarai Harga Novel boleh anda lihat di column sebelah kanan 'HARGA NOVEL' Untuk Sabah Sarawak harus mengikut harga asal SABAH/SARAWAK penghantar adalah percuma







BUNGA DI RIMBA

BUNGA DI RIMBA
RM21/RM24

PESTA BUKU SELANGOR

PESTA BUKU SELANGOR
Di Gerai N23, SACC Convec, Shah Alam Selangor

Sunday, October 24, 2010

SAYANG SEORANG QAISER 3


Qaiser melirik matanya memandang jam di tangan baru pukul 7:00 pagi. Awal dia sampai ke pejabat. Menjawat jawatan sebagai pegawai teknologi maklumat di sektor perbankan, kini sudah masuk tahun ketiga dia berkhidmat. Di dalam Bank WIRA itu, Qaiser antara kumbang yang sering menjadi perhatian di kalangan mak cik-mak cik. Bukan kerana tiada anak dara yang bekerja di situ tetapi sikapnya yang menghormati orang tua dan pandai mengambil hati membuatkan masing-masing memasang angan untuk menjadikan Qaiser calon menantu mereka.
Melilau mata Qaiser di dalam pantri itu mencari balang kaca gula yang entah ke mana ghaibnya. Rak kabinet dibukanya tetapi tiada pula stok gula di situ. Tiga camca serbuk Milo dan air panas dari cerek elektrik sudah dituang ke dalam mugnya, tinggal pemanis sahaja tidak diletakkan. Biskut jagung empat segi dikunyahnya kosong. Begitulah sarapan pagi lelaki itu yang cukup ringkas.
“Alahai! Kesian anak aku sorang ni. Buat air tak bergula ya? Maaflah, acik baru ambil tiga paket gula ni dari pantri atas. Acik memang simpan stok di tingkat atas, kabinet sana berkunci.”
Mak Cik Siti, tea lady di bank itu yang paling lama tahun perkhidmatannya – melebihi 10 tahun kalau tidak silap. Berbaju kurung bercorak bunga-bunga besar berwarna merah jambu dengan tudung warna sedondon membuatkan penampilan perempuan tua yang berumur lewat 40-an itu tidak dimakan usia. Uniform rasmi bagi tea lady di situ yang sudah dua kali bertukar konsepnya. Dua tahun sebelum, berwarna biru laut.
“Eh tak apa, saya yang datang awal sangat ke ofis hari ni. Awalnya acik sampai, sempat sarapan ke tidak ni?”
“Acik selalu sampai pukul enam setengah pagi macam tu. Lepas subuh suami acik terus hantar ke sini. Sebelum tu sempatlah menjamah apa yang ada di rumah. Lagipun kerja macam acik ni, memang perlu menepati masa. Dalam bank ni, tiap-tiap hari ada saja mesyuarat yang diadakan seawal sembilan pagi. Tak jabatan itu, jabatan ini. Pukul tujuh pagi, acik dah perlu turun ke kantin di bawah ambil kuih-muih untuk dibawa ke pantri. Susun-susun di pinggan dan kemudian hantar ke bilik mesyuarat untuk set-up meja pulak. Pegawai-pegawai besar dalam bank ni macam-macam perangai. Ada yang baik macam kamu, tak apalah. Dapat yang banyak songeh, mahu minum teh pudinalah, pesan koko panaslah. Pening acik kadang-kadang tu. Hihihihi.”
Begitu rancak sekali mak cik Siti bercerita. Memang perempuan tersebut ramah orangnya.
“Biasalah acik bekerja di headquarters ni, macam-macam ragam manusia kita boleh jumpa”
Balas Qaiser ringkas.
“Kau sorang saja mahu bersembang dengan acik, kalau pegawai-pegawai lain tea lady macam kami, dipandang pun tidak. Department Qaiser tak ada mesyuarat minggu ni? Suruh bos buat waktu tengah hari, boleh acik sediakan nasi beriani untuk lunchtime.”
“Haha haha. Itu bukan mesyuarat dah jadinya acik kalau sampai nasi beriani dihidang. Mahu kami tertidur terus sebab kekenyangan. Silap-silap bermesyuarat dalam mimpi sudahnya.”
Mak Cik Siti tergelak kecil. Pegawai muda bernama Qaiser itu amat disenanginya. Kalau bersembang, nampak keikhlasan lelaki itu. Tidak seperti kebanyakan pegawai-pegawai lain yang suka menyuruh itu dan ini, seakan-akan kerjaya seorang tea lady dianggap seperti pembantu rumah. Dikerah membuat sesuatu dan diherdik kalau tidak menepati apa yang disuruh. Macam-macam hal. 
Berdenting jarum jam ke pukul 8:00 pagi, Qaiser sudah berada di tempatnya. Puan Faridah, Ketua Jabatan Teknologi Maklumat nampak sahaja wajah pegawainya, terus dipanggil masuk ke dalam bilik. Pasti ada perkara penting yang mahu dibincangkannya.
“Qaiser, macam mana dengan kerani baru you? Okey?”
He’s good. Sepanjang enam bulan Fikri dalam probation, alhamdulillah dia menjalankan tugas dengan baik. Tiada apa-apa masalah setakat ini, puan. Lagipun budak tu fast learner. Itu yang saya puji. Cepat tangkap apa yang saya suruh buat. Ajar sekali, dia dah boleh boleh berdikari.
“Bagus-bagus. Macam mana dengan progress HRM system yang you handle tu, Qaiser? Encik Murad dah nagging dekat telinga saya.”
“Sistem HRM alhamdulillah tak ada masalah. Mengikut timeline yang ditetapkan. Sistem baharu data pekerja yang bakal diguna pakai jabatan sumber manusia itu akan diimplementasikan secara menyeluruh pada bulan depan. Sesi demonstrasi bersama pihak GenuineSoft, vendor kita telah saya aturkan pada mesyuarat jabatan akan datang, hari Isnin depan. Dari sesi ini, user acceptance test akan dijalankan bagi mendapatkan input dari main user yang akan menggunakan sistem ini kelak. Sebarang soalan akan cuba dijawab during this slot.”
Begitu yakin sekali Qaiser bercerita. Ya.projek yang sudah beberapa bulan ini dibawah kelolaan dia sudah hampir selesai. Menanti mahu dilancarkan sahaja.
“Bagaimana dengan masalah dalam penjanaan laporan maklumat pekerja? Dapat atasi? Seksyen gaji kata kod pekerja banyak yang silap. Susah pihak mereka mahu mencetak slip gaji staf.”
“Sebelum ini, timbulnya sedikit masalah apabila bank buat penstrukturan kecil organisasi dan melibatkan rombakan pada nama-nama jabatan, seksyen dan unit. Ini menyebabkan kod-kod initial pada sistem juga perlu diubah. Seperti contoh, staf A di bawah seksyen sumber manusia menggunakan kod HRXXX. Tapi bila berlaku re-org, seksyen itu ditukarkan nama kepada seksyen perancangan dan sistem sumber manusia dan kod barunya ialah HRPSX. Sebab itu apabila laporan dicetak, maklumatnya masih lama. Seksyen gaji pula menggunakan kod-kod yang baru. Tapi puan tidak perlu risau sebab maklumat di dalam sistem gaji dan sistem data pekerja akan diintegrasikan dengan sistem baru ini.”
“Itu yang saya mahu dengar. Good job, Qaiser! By the way, this Saturday make sure you come. No more excuses like previous years. Okay?”
Err... tak pasti lagilah, puan.”
No no no. Dua tahun berturut-turut you tak datang. Tahun pertama, boleh diterimalah sebab you staf baru. Tahun seterusnya, you kata tak sihat. Come on, Qaiser. Ini family day out bank kita. Bukan berbayar pun. Jangan kata you anti-sosial pula. It’s okay to bring along your special one, I want to see both of you there.
Special one? Aku mana ada special one! Aduh! Part ni yang buat aku malas nak pergi ni!’
Qaiser mengeluh dalam diam. Sebelum mengangkat punggung dari bilik Puan Faridah, seperti tidak ikhlas sahaja senyuman yang diberikannya. Kusut kepalanya memikirkan hari keluarga bank yang akan berlangsung hujung minggu ini. Dia bukan anti-sosial tetapi bersendirian lebih digemarinya. Kadang-kadang dia serba salah, setiap kali pihak bank menganjurkan aktiviti yang melibatkan keluarga dan pasangan, dialah satu-satunya staf yang tidak akan menyertai majlis-majlis sebegitu.
Orang lain akan membawa isteri, tunang dan kekasih masing-masing tetapi dirinya siapa pula yang mahu dibawa? Tahun-tahun sebelum, alasan yang sama juga membebankan pundak fikirannya. Sementelah orang lain sakan bergembira dengan pasangan, dia pula nanti tercangak-cangak keseorangan. Segan ada, rasa rendah diri pun ada. Nescaya akan ada mulut yang bertanya, ‘Qaiser, kau sorang saja?’.
Meletus satu pertanyaan, berleret-leret soalan cepumas lain pula bakal menyusul. ‘Qaiser, sampai bila kau mahu solo ni?’, ‘Qaiser, kau tak teringin berpasang-pasangankah?’, ‘Qaiser, usia macam kau ni sepatutnya dah dua tiga orang anak tau!’. Qaiser itu, Qaiser ini... Argh! Bingit kepalanya. Bayangan-bayangan inilah yang membuatkan Qaiser tidak gemar bercampur sebarang aktiviti yang cenderung ke arah itu.
Membaca memo menerusi e-mel, hari keluarga kali ini akan diadakan di Tanah Tinggi Genting, Pahang. Tahun lepas di Sunway Lagoon manakala tahun sebelum diadakan di Desa Water Park. Mati kutulah dia, silap-silap makan hati berulam jantung melihat rakan-rakan sekerja lain yang menjadikan hari keluarga bank seperti hari berbulan madu di puncak gunung. Aduhai... Nasib kaulah Qaiser!
Hah, why not aku bawak Si Irfan dengan Umairah sekali! Apalah sangat kalau kena bayar untuk accommodation seorang lagi.”
Qaiser lega. Harap-harap Irfan dan Umairah tiada urusan penting pada hujung minggu ini. Tersenyum lebar Qaiser setelah menganggap masalahnya sudah selesai.

No comments: