PEMBERITAHUAN

Para pembaca boleh memesan buku yang diminati melalui nbkara.com.my atau email kepada admin@nbkara.com.my


Pembayaran boleh melalui pembayaran ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855 Alliance bank account NBkara 120340010015114 Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau admin@nbkara.com.my dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B Taman Prima Saujana 43000 Kajang Selangor


Semua penghantaraan di Semanjung akan mengunakan pos laju dan tidak dikenakan sebarang bayaran.

Senarai Harga Novel boleh anda lihat di column sebelah kanan 'HARGA NOVEL' Untuk Sabah Sarawak harus mengikut harga asal SABAH/SARAWAK penghantar adalah percuma







BUNGA DI RIMBA

BUNGA DI RIMBA
RM21/RM24

PESTA BUKU SELANGOR

PESTA BUKU SELANGOR
Di Gerai N23, SACC Convec, Shah Alam Selangor

Thursday, December 2, 2010

...DAN CINTA PUN TERSENYUM 1

Suara ketukan pintu bertalu-talu mengganggu tidur Ervan. Kepalanya terangkat daripada bantal sambil telinga mengamati suara yang memanggil namanya, diiringi ketukan tidak henti-henti itu. Namun, dia tidak menyahut. Bahkan mencapai sebiji bantal lagi yang berhampiran lalu memekup telinganya.
For God sake pleaseeeee… let me sleep in peace! Lena Ervan kembali bersambung.
Namun sekejap kemudian, dia terasa bantal yang dipekupkan ke mukanya terkalih. Lantas, matanya yang begitu dikuasai oleh rasa kantuk, terbuka perlahan. Dipisat-pisatkan beberapa kali sambil mengubah posisi daripada meniarap kepada menelentang. Dalam kabur pandangan, matanya menangkap kelibat mama, Puan Zurina duduk di birai katil.
“Bangun… Ervan sayang. Sudah hampir pukul sebelas.” Suara lembut Puan Zurina menyapa.
“Hari ini hari libur, ma… biarin aku tidur seenaknya, ma…”
Ervan mendesah dengan mata terpejam-pejam. Terasa tangan mama mengelus lembut rambutnya. Dia tersenyum manja, semakin rasa mahu lena lagi.
“Kamu pasti tidak solat subuh tadi, bukan? Ke mana saja kamu malam tadi, Ervan? Jangan beritahu mama, kamu minum bir di kelab!”
Mendengar tuduhan itu, Ervan bingkas bangun. Matanya bulat memandang Puan Zurina. Kesempatan itu lantas diambil oleh Puan Zurina lalu menghidu tubuhnya. Mencari bau arak. Cukup bimbang jika Ervan mengambil minuman ‘haram’ itu.
“Ma! Aku ngaku aku nggak solat tadi subuh. Tapi aku sumpah aku nggak pernah minum, ma! I know it’s not good for health! Aku cuma berhibur sama teman-teman.”
Ervan mengangkat tangan kanannya ke sisi bahu, membuat ikrar.
“Tapi pokoknya, intinya kamu tidak solat! Ervan, solat hukumnya wajib, bahkan bagus untuk kesihatan. Senaman untuk tubuh!”
Kilas Puan Zurina sambil menjeling mencari reaksi Ervan.
Serta-merta Ervan tertunduk. Tidak mampu untuk mempertahankan dirinya lagi.
“Kamu harus sedar diri, Ervan. Kamu sudah 27 tahun. Mama tak mahu lihat kamu terus-terusan dengan cara hidup begini. Walau di mana pun kita ini, kamu harus ingat bahawa kita ini Muslim. Islam!”
Sayu hati Puan Zurina menuturkan kata-kata itu. Terasa dirinya sudah gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang ibu yang baik. Walaupun sudah diberikan didikan yang sempurna, namun Ervan tidak menjadi Muslim yang baik. Apakah semua ini salahnya sebagai ibu?
Puan Zurina asalnya dari Johor. Tapi sudah 30 tahun menetap di tanah Jakarta kerana mengikut suaminya, Tuan Mahendra Gaudiamo, lelaki berdarah campuran Betawi - Belanda. Malah suku Betawi itu sendiri berasal daripada hasil kahwin-mahwin antara etnik dan berbagai bangsa pada masa lalu. Secara biologi, mereka yang mengaku sebagai orang Betawi adalah keturunan kaum berdarah campuran aneka suku dan bangsa yang didatangkan oleh Belanda ke Batavia. Orang Betawi adalah penduduk asal Jakarta.
Beberapa hal yang positif daripada orang Betawi. Jiwa sosial mereka sangat tinggi, walaupun terkadang dalam beberapa hal terlalu berlebih dan cenderung tendensius[i]. Mereka juga sangat menjaga nilai-nilai agama kepada anak-anak mereka..

Namun, Ervan sering bangga diri kerana punya darah campuran Belanda daripada Tuan Mahendra, juga campuran etnik Betawi. Kerana itu, dia lebih senang berbahasa Inggeris dan Indonesia. Sesekali dua beranak itu bercakap loghat Betawi yang banyak menggunakan huruf ‘e’ di hujung perkataannya bagi menggantikan huruf ‘a’. Biarpun Puan Zurina berusaha menerapkan loghat Melayu dalam percakapan seharian, namun Ervan sudah terikut-ikut dengan gaya hidup kebaratan semenjak menyambung pelajaran di luar negara. Terlalu mencintai kehidupan malam di Jakarta.
Ma… I’m so sorry. Please… forgive me!”
Ervan meraih tangan mamanya. Cepat sahaja dia merasai mama terkilan dengan sikapnya. Biarpun kelakuannya agak liar, tetapi di dalam hati, mama tetap insan termulia.



**********************************************

[i] 1) bersifat berpihak; 2) suka menyusahkan melawan); rewel



“Maafin aku ya, ma?”
Pinta Ervan lagi lalu cuba mencium pipi mamanya.
“Gosok gigi kamu dulu, baru cium mama!” Puan Zurina menolak lembut kepala Ervan dan sengaja mencebirkan bibir.
“Iihhh… mama! Aku ini anak mama! Kok jijik, sih?”
Ervan memuncungkan bibir. Pura-pura merajuk.
Puan Zurina tergelak perlahan. Spontan tangannya menggosok-gosok kepala Ervan.
“Ya, sudahlah. Lekas mandi, papa nak berjumpa dengan kamu. Ada yang mahu dibicarakan. Penting! Tentang masa depan kamu!”
Dia bangun, memandang Ervan yang masih termangu di atas katil. Sejurus kemudian, dia keluar meninggalkan anak terunanya itu.
Penting? Masa depan? Lho? Kok bunyinya serius amat? Ervan tertanya-tanya sambil menggaru-garu kepalanya.
“What?!”
Mata Ervan terbuntang luas. Tangan kanannya menggosok-gosok cuping telinga. Apa dia salah dengar?
“You’re kidding right, papa?”
Ervan menyoal sambil mula tersengih tidak percaya memandang papanya. Dia masih menyangka bahawa papanya sekadar bergurau menyampaikan hasrat itu.
“No, I’m not. I’m telling you the truth.”
Tuan Mahendra tenang sahaja. Dia sudah menduga reaksi Ervan bakal jadi begitu kaget.
“Oh my… my… mama! I don’t believe it… papa just joking, right?”
Ervan beralih pandang pada Puan Zurina yang setia di sisi Tuan Mahendra. Muka Ervan beransur pucat.
“Percayalah, sayang. Papa tak main-main dalam soal ini. Papa sudah siapkan segala dokumen untuk urusan imigresen.”
Puan Zurina tersenyum geli hati melihat anak tunggalnya itu yang sudah tidak senang duduk.
“How could papa do this to me?”
Ervan ternganga. Dia tidak terkata lagi lalu merebahkan kepala ke sofa. Dia bungkam.
“This is for your own goods,” balas Tuan Mahendra.
Hati Ervan benar-benar menggelepar mendengar kata-kata Tuan Mahendra. Permintaan papanya itu amat berat untuk dilaksanakan. Jika dihitung kira, belum sampai setahun dia berada di tanah kelahirannya, Jakarta setelah menghabiskan masa selama lima tahun belajar di Hollywood.

Pulang sahaja ke Jakarta, dia disambar menjadi model. Semuanya gara-gara kemunculan kali pertamanya yang begitu mencuri tumpuan di majlis pelancaran barangan kemas rekaan baru Puan Zurina. Nama Ervan mendadak naik membuatkan dia digilai ramai gadis. Dan baru minggu lepas dia diumumkan sebagai Indonesia’s Most Eligible Bachelor.

Dan lagi… ah! Kemasyhuran yang baru sahaja dikecapi itu bakal lenyap daripada hidupnya jika dia menurut permintaan papa.

“I don’t want to be there! Aku enggak akan kebiasaan tinggal di pulau!”

Ervan cuba membantah. Mudah-mudahan papa akan menarik balik arahan itu.

“Asal kamu tahu, Ervan… papa sudah bina satu banglo di sana. Resort kita itu semakin berkembang. Terus, jika kamu tinggal di sana, kamu bisa mengawasi segalanya. In other words, kamu adalah tuan punya resort itu.”

Tuan Mahendra menerangkan tujuan sebenarnya.
“Ngapain papa nyuruh-nyuruh aku sembarangan kayak gitu? Bukannya mama yang ngurusin tuh resort ?”
Soal Ervan bernada protes. Mukanya cemberut.
“It’s your turn now. The thing is, we are going to stay there sooner or later!”
Tuan Mahendra menekan suara. Sedar anaknya sudah tidak boleh dimanjakan lagi. Biar anak bujang tunggalnya itu belajar erti kesusahan. Terlambat untuk melenturnya, tetapi lebih baik daripada tidak pernah mencuba langsung.
“What?!”
Buat sekian kalinya mata Ervan terbelalak. Tetapi kali ini kerana terlampau terkejut mendengar ayat terakhir daripada papanya itu. Mereka bakal tinggal di pulau itu?
Arghhh!!! Nggak mungkin!
“I know it may be a little difficult for you to get used to. No traffic honks, suits and power dressing. It’s might be tough to just let go your everyday chores and routine but once the island breeze lulls you into that dream-like state, it’s will be difficult to leave…”
Tuan Mahendra memujuk dengan kata-kata manis sekali.
Namun, Ervan semakin terngadah mendengarnya. Terasa dirinya benar-benar telah diteror[i]!

1 comment:

TuN TeJa said...

Waaaahhh menarik bangat cerita nya...nggak sabar gue ingin memelikinya...