BRAK!
Surihani tergelincir ketika cuba memanjat tangga lipat untuk mewarna bahagian atas muralnya. Dia terdorong ke belakang, terus terlanggar sesuatu yang ‘kukuh’. Anehnya, dia berasa selesa sekali mendarat di ‘lapangan’ itu. Hangat dan berbau harum. Paling aneh bila dia terasa ada pautan gagah melingkar di pinggangnya.
Surihani segera mendongak. Matanya membulat. Rupa-rupanya dia berada di dada tegap seorang jejaka asing. Tetapi dia bagaikan terkaku bertatapan dengan sepasang mata berwarna hazel sedikit kehijauan itu. Cantiknya mata itu. Tetapi jejaka itu memandangnya dengan kening bertaut.
Eh? Nanti dulu! Bau harum maskulin lagi sensual itu seakan-akan pernah dihidunya.
“Hey! It’s you again?”
Surihani terpelangah mendengar sergahan itu. Lantas dia segera menjauhkan diri. Mengamati jejaka berketinggian hampir enam kaki itu dari jarak beberapa ela ke belakang. Dia memakai military shirt berwarna hitam jenama ASOS dan berseluar jean Hilfiger.
Eh? Diakan jejaka pelancong ala model yang dilihatnya di jeti Mersing tadi? Tapi, kenapa dia ada dalam banglo ni?
“What are you doing in here!”
Sergah Surihani kembali dengan penuh rasa bimbang. Setahunya selama seminggu dia melukis mural di banglo ini, tidak ada orang lain kecuali Akhil yang sesekali datang melawat pada waktu rehat. Malah kunci pendua yang dipegangnya kini diperoleh daripada Akhil.
“Do I have to answer that stupid question?”
Ervan meningkah jelek. Sungguh dia tidak menyangka bakal berjumpa lagi dengan gadis kampungan itu di sini.
Tadi dia terlihat seorang gadis cuba memanjat anak tangga di dinding ruang tamu yang sudah separuh dihiasi lukisan pemandangan pantai. Dari pandangan belakang, dia terpikat melihat susuk tubuh langsing gadis itu.
What a great body!
Gadis itu memakai tee dan seluar paras lutut. Memang mama ada memaklumkan tentang pelukis mural di banglo mereka. Tetapi dia tidak tahu bahawa pelukis tersebut adalah seorang perempuan. Tadinya dia mendekati kerana kagum melihat keindahan mural separuh siap itu disamping ingin mengenali si gadis. Dan tiba-tiba sahaja gadis itu tergelincir ketika baru memijak dua anak tangga. Lalu dia pantas bertindak menahannya daripada rebah.
Tetapi, rupa-rupanya…
“What?! Get out! You have no right to be here!”
Jerit Surihani agak geram mendengar pertanyaan sinis jejaka asing itu.
Tetapi benar-benarkah dia jejaka asing? Ini kerana apabila Emporio Armani tidak lagi bertenggek di batang hidungnya yang mancung, apabila matanya terserlah, terlihat imbas kemelayuan pada raut wajah kerasnya itu. Yang membuatkan orang akan berfikir berkali-kali mahu mengatakan dia Melayu adalah kerana warna matanya yang berbeza dan kulitnya yang putih serta slanga Amerikanya!
Ah! Mungkin dia pakai contact lens... atau mungkin dia warnakan rambutnya! Siapa tahu? Detik hati Surihani walau separuhnya rasa was-was.
“I have a right to be here. This house is mine, and I own it!”
Ervan berkata sambil berpeluk tubuh memandang Surihani dengan rasa tidak senang.
Huh! I’m not supposed judge this girl by her body! She’s annoying!
Surihani terkaku. Keliru. Kenapa pula jejaka asing ini mengaku dia tuan rumah banglo ini? Bukankah pemiliknya bernama Puan Zurina?
“It’s doesn’t make any sense for you to claim this is your house!”
“Do I have to prove it? I don’t think so!”
Wajah Ervan semakin mencemik sinis. Kemudian dia berlalu, tidak mahu mempedulikan Surihani lagi.
Melihatkan reaksi jejaka itu, Surihani mengacungkan berus lukisannya ke arah jejaka tersebut. Dia berkata dengan suara agak kuat.
“Hey! We didn’t finish yet!”
Mendengarkan itu, Ervan berpusing. Kembali merenung Surihani dengan mata mencerlang garang.
“We don’t have anything to finish! Beside, I don’t even know who you are! Just finish your job and get out from here as soon as posibble!”
Tersentap hati Surihani mendengar arahan kasar dari jejaka yang tidak dikenalinya itu.
Kurang ajar! Dia ingat dia siapa, boleh menengking aku? Sesuka hati aje nak halau aku keluar dari rumah ni! Dia belum kenal aku siapa! getus Surihani dalam hati.
“I said finish your bloody job!”
Sela Ervan apabila melihat Surihani hanya tercegat memandangnya dengan muka marah.
“Go to bloody hell!”
Tingkah Surihani dengan kasar, tidak mahu kalah. Spontan dia melemparkan berus cat ke arah Ervan. Terus sahaja warnanya terpalit pada baju mahal jejaka itu. Tapi Surihani peduli apa!
“How dare you!”
Pekik Ervan apabila melihat bajunya yang mahal sudah dicemari oleh cat berwarna biru. Ingin sahaja dia menarik gadis itu, tetapi gadis itu sudah berlari keluar meninggalkan banglo.
Bull shit!!! @^%!!!
Hati Surihani terasa sakit dan panas. Hilang mood mahu menyiapkan mural itu. Langkahnya laju menuju ke rumah.
No comments:
Post a Comment