PEMBERITAHUAN

Para pembaca boleh memesan buku yang diminati melalui nbkara.com.my atau email kepada admin@nbkara.com.my


Pembayaran boleh melalui pembayaran ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855 Alliance bank account NBkara 120340010015114 Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau admin@nbkara.com.my dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B Taman Prima Saujana 43000 Kajang Selangor


Semua penghantaraan di Semanjung akan mengunakan pos laju dan tidak dikenakan sebarang bayaran.

Senarai Harga Novel boleh anda lihat di column sebelah kanan 'HARGA NOVEL' Untuk Sabah Sarawak harus mengikut harga asal SABAH/SARAWAK penghantar adalah percuma







BUNGA DI RIMBA

BUNGA DI RIMBA
RM21/RM24

PESTA BUKU SELANGOR

PESTA BUKU SELANGOR
Di Gerai N23, SACC Convec, Shah Alam Selangor

Wednesday, December 8, 2010

..DAN CINTA PUN TERSENYUM


Ada dua Pulau Besar di dalam Malaysia ini. Satu di Melaka dan satu lagi di Laut China Selatan. Pulau Besar di mana Surihani tinggal, letaknya lebih kurang 15km dari Mersing. Mengambil masa lebih kurang setengah jam perjalanan dengan bot laju. Pulau Besar ini dikelilingi oleh banyak pulau-pulau lain seperti Mensirip, Pulau Hujung, Pulau Rawa, Pulau Tengah dan Pulau Harimau.
Pulau Besar mempunyai pantai yang agak sunyi, bersih dengan pasir halus putih dan airnya yang sangat jernih, telus pandang sehingga dapat melihat hidupan di dalamnya. Pemandangan sekitarnya juga sangat cantik membuatkan kerajaan telah mewartakan ia sebagai taman marin bagi menjaga 60 spesis hidupan laut yang meng-huni perairan Pulau Besar.
Tetapi untuk kebanyakan warga kota pasti sukar menyesuaikan diri dengan persekitaran Pulau Besar kerana tiada kemudahan dan tempat hiburan. No nightlife! Malah pulau ini sekadar menggunakan sistem tenaga solar dan set generator yang diuruskan oleh Tenaga Nasional Berhad. Kemudahan awam lain hanyalah sebuah masjid, pondok polis dan pondok telefon.
Namun bagi Surihani, itulah yang uniknya tentang Pulau Besar. Jauh dari hiruk-pikuk kota. Ketenangan yang dirasai sangat mendalam sehinggakan Surihani enggan mencari kerja di luar pulau walaupun memiliki segulung ijazah Seni Halus dari Art Center College of Design, California. Dia lebih senang tinggal di pulau membantu abangnya melukis batik. Lagipun mereka hanya dua beradik, sudah tidak punya ibu bapa. Cukuplah dia berjauhan selama lima tahun dari abangnya, Hizar. Dia sudah tidak tega meninggalkan Hizar lagi.
Bot yang membawa Surihani serta beberapa penumpang lain sudah tiba di Jeti Kampung Busong. Dari situ, sudah terlihat Prima Sakti Resort. Walaupun terdapat resort lain seperti Nirwana Resort, Di’Coconut Resort dan Aseania Resort di sekitar Pulau Besar, namun baginya, Prima Sakti Resort mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.
Tambahan pula, itulah resort yang paling dekat dengan kampungnya. Menyerupai resort di sekitar kepulauan Bali, dengan sebuah pavilion dua tingkat tersergam sebagai bangunan pentadbiran dikelilingi taburan chalet gaya Bali dan sebuah kolam renang besar di tengah-tengah kawasan resort. Persekitarannya redup dengan pokok-pokok buahan yang rendang. Dan jika musim buah tiba, sesiapa sahaja boleh menikmatinya secara percuma.
Prima Sakti juga merupakan satu-satunya resort yang banyak menggunakan hasil karya batik lukisan tangan Hizar sebagai hiasan resort mahupun sebagai uniform kakitangan. Malah pemilik itu sendiri yang selalu menempah batik lukisan tangan Hizar. Sekarang ini menggunakan khidmat Surihani pula untuk melukis mural di banglo yang terletak di belakang Prima Sakti Resort, setelah melihat portfolio gadis itu yang berada di dalam simpanan Akhil, supervisor Prima Sakti Resort.
Selain menerima bayaran yang lumayan, Surihani bersyukur kerana dia dan Hizar diberi keistimewaan menggunakan internet satelit di clubhouse resort itu secara percuma. Tidaklah dia terputus hubungan dengan dunia luar.
Di belakang Prima Sakti, di pinggir bukit itulah terbina sebuah banglo indah milik tuan punya resort. Surihani tidak pernah bertemu dengan pemilik banglo tersebut. Menurut kata Hizar, pemilik resort itu, Puan Zurina, berasal dari Malaysia tetapi telah lama menetap di Jakarta. Hanya sebulan sekali datang menguruskan soal gaji pekerja.
Selama ini, Hizar menjalankan aktiviti melukis batik di bengkel di belakang rumah mereka. Sekarang Surihani berasa seronok menyiapkan kerja-kerja melukis mural di banglo tidak berpenghuni itu. Aman dan tenang. Setakat ini dia sudah hampir menyiapkan lukisan motif batik pada dinding di ruang tamu. Kalau boleh dia mahu menyiapkannya sebelum pemilik banglo berpindah ke situ tidak lama lagi.
Hmm… mungkin ini rezeki aku dan abang. Walaupun tinggal di pulau, tapi masih ada orang luar yang tahu menghargai seni kami…”

Surihani berkata sendiri. Langkahnya diatur menuju ke rumah. Baginya, rumah peninggalan arwah ibu bapanya itu sangat cantik. Ala-ala chalet, yang mana lantainya diangkat 50cm dari tanah. Beranda di bahagian hadapan rumah adalah tempat paling nyaman untuk duduk bersantai.
Dia tersenyum sendiri melihat rumah tempat dia dan abangnya berteduh itu. Selepas zuhur nanti baru dia mahu ke banglo itu menyambung kerjanya yang tertangguh.

No comments: