PEMBERITAHUAN

Para pembaca boleh memesan buku yang diminati melalui nbkara.com.my atau email kepada admin@nbkara.com.my


Pembayaran boleh melalui pembayaran ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855 Alliance bank account NBkara 120340010015114 Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau admin@nbkara.com.my dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B Taman Prima Saujana 43000 Kajang Selangor


Semua penghantaraan di Semanjung akan mengunakan pos laju dan tidak dikenakan sebarang bayaran.

Senarai Harga Novel boleh anda lihat di column sebelah kanan 'HARGA NOVEL' Untuk Sabah Sarawak harus mengikut harga asal SABAH/SARAWAK penghantar adalah percuma







BUNGA DI RIMBA

BUNGA DI RIMBA
RM21/RM24

PESTA BUKU SELANGOR

PESTA BUKU SELANGOR
Di Gerai N23, SACC Convec, Shah Alam Selangor

Saturday, December 4, 2010

...DAN CINTA PUN TERSENYUM 3








3


Dari jauh Surihani sudah tersenyum sambil melambaikan tangan ke arah Pak Akob. Pak Akob turut membalas lambaiannya. Orang tua lingkungan usia 60-an itu adalah pemilik kedai buku dan majalah di Jeti Mersing.
“Datang sorang aje ke, Suri?”
Tanya Pak Akob, sebaik sahaja Surihani berdiri di depannya.
“Yalah Pak Akob, selama ni pun Suri selalu datang sorang-sorang.”
Balas Surihani sambil tersenyum manis.
“Aik… Abang Akhil, kan ada? Takkanlah sibuk benar Si Akhil tu sampai tak boleh temankan Suri ke sini?”
Usik Pak Akob mahu mengenakan Surihani dengan Akhil.
“Hisy, Pak Akob ni... Abang Akhil tu kan sibuk kat resort. Lagipun buat apa dia nak temankan Suri pulak? Nanti Pak Akob jugak yang jealous!” usik Surihani.
Gurauan Surihani itu membuatkan Pak Akob ketawa terbahak-bahak. Surihani memang gadis yang selamba, pandai bergurau, tetapi tahu menghormati orang tua.
“Melayan kamu ni, Suri... boleh sakit jantung Pak Akob dibuatnya. Nasib baik Pak Akob ni dah tua,” kata Pak Akob dalam sisa tawanya.
“Gurau-gurau tu membawa bahagia, Pak Akob. Ubat stres. Oh ya, Suri datang ni nak ambil barang Suri tu.”
Surihani menyatakan tujuannya.
“Ya, ya… Nanti kejap, ya?”
Kata Pak Akob sejurus kemudian menghilangkan diri ke belakang kedai. Selepas itu dia keluar semula bersama sebuah troli kecil berisi beberapa buah kotak sederhana besar.
“Suri bawak balik sekali dengan troli tu. Nanti payah pulak Suri nak angkut kotak-kotak tu naik bot.”
Kata Pak Akob apabila melihat Surihani mahu mengangkat satu per satu kotak dari dalam troli tersebut.
Surihani menghela nafas lega mendengarnya. Memang jenuh kalau terpaksa mengangkut kotak-kotak itu tanpa troli.
“Terima kasih banyak Pak Akob. Esok pagi Suri pulangkan semula, ya?”
“Tak apalah. Bila-bila pun boleh. Macamlah Suri tak biasa dengan Pak Akob.”
Pak Akob memang sudah biasa dengan Surihani. Gadis itu selalu menggunakan alamat kedainya untuk menerima bungkusan dari luar negara.
“Kali ni barang apa pulak yang Suri pesan?”
“Suri order cat.”
“Aik? Kat Malaysia ni dah tak ada jual cat ke sampai kamu sanggup order dari luar negara? Mesti mahal ni.” tanya Pak Akob agak pelik.
“Bukan tak ada jual kat Malaysia, tapi kualiti tak berapa bagus. Cat yang Suri tempah ni, cat acrylic. Memanglah mahal sikit, tapi lebih tahan lama dan lasak untuk lukis mural luar bangunan. Tak jejas dek cuaca. Cat sama yang ada dalam simpanan dah nak habis Suri guna.”
Surihani menerangkan tanpa rasa bosan.
“Tapi, Suri nak buat apa pulak dengan cat-cat mahal ni?”
Pak Akob menunjukkan rasa ingin tahunya.
“Sebenarnya Suri kena buat mural kat banglo belakang Prima Sakti Resort tu. Nampaknya, pemilik tu suka dengan seni. Abang Akhil kata kemungkinan besar pemilik resort tu nak pindah duduk kat situ. Suri dah buat separuh tapi cat pulak habis,” beritahu Surihani.
“Dah tu, kamu tak tolong Hizar lukis batiklah, ya?”
Belum sempat Surihani menjawab, terdengar bunyi deruman enjin kereta. Kuat dan begitu menarik perhatian. Surihani dan Pak Akob sama-sama menoleh. Kelihatan sebuah kereta Mitsubishi Evolution 9 berwarna hitam berkilat menyusur masuk ke kawasan parkir bertentangan dengan kedai Pak Akob.
Satu susuk tubuh jejaka tinggi lampai melangkah keluar dari kereta tersebut. Surihani melihat dengan rasa tertegun juga dengan dahi berkerut. Fuyoo! Hensem giler! Puji Surihani di dalam hati.
Jejaka itu memakai jaket, berseluar jean denim, berkasut but dan berkaca mata hitam. Kulitnya cerah dan bersih. Tubuhnya pula tegap dan kelihatan tampan sekali. Rambutnya yang hitam keperangan separas tengkuk, membuai lembut ditiup angin laut. Err… tapi ada yang tidak kena! Gayanya berlebihan!
“Mak oi, Pak Akob… model sesat manalah tu? Atau Majlis Daerah ada buat pertunjukan fesyen kat jeti ni?”
Surihani bertanya sambil ketawa geli hati. Tetapi di dalam hatinya mengakui, jejaka berkulit putih itu kelihatan cukup menawan. Cuma gayanya kelihatan tidak kena tempat. Nampak sangat canggung penampilannya itu di kawasan jeti yang dipenuhi dengan para pelancong dan nelayan yang rata-ratanya sekadar berpakaian santai.
“Hisy! Suri ni… tak baik cakap macam tu. Dia datang nak bercuti ke pulau kut? Orang putih, biasalah…”
Pak Akob bersangka baik. Namun matanya masih melirik pandang pada jejaka tampan yang menyandang sebuah beg barrel di bahu sambil mengheret sebuah lagi bagasi besar. Cukup besar untuk dikatakan sebagai mahu bercuti. Macam orang nak pindah rumah!
“Ala, orang lain pun nak ke pulau jugak, tapi tak adalah pakai macam dia tu. Pak Akob tengok ajelah beg yang dia bawak… macam nak duduk bertahun.”
Surihani masih tidak dapat menyembunyikan rasa geli hatinya.
“Ya tak ya jugak kan, Suri? Agaknya dia nak jadi orang pulau kut?”
Pak Akob akhirnya mengiakan telahan Surihani. Kemudian mereka sama-sama ketawa.
“Okeylah, Pak Akob... Suri pergi dulu, ya? Nanti kita jumpa lagi.”
Surihani meminta diri. Sambil menarik troli, Surihani berjalan menuju ke pelantar jeti. Selain kemudahan bot, ada juga disediakan kemudahan feri-feri yang lebih selesa dan berhawa dingin. Tetapi hanya bot laju berlepas sejam sekali. Kalau ada Abang Radin, yang juga kawan baik Hizar, boleh juga Surihani tumpang balik. Abang Radin itu punya bot sendiri.
Walaupun bot Abang Radin agak kecil dan kelihatan buruk, tetapi selalu digunakan oleh penduduk kampungnya ketika ada kecemasan. Tinggal di pulau, tahu sahjalah. Bukan semua kemudahan ada disediakan.
Hey! Watch out your way!
Amaran keras itu agak mengejutkan Surihani.
Dia segera menoleh ke belakang. Baru tersedar bahawa troli yang diheretnya telah terlanggar sebuah bagasi besar. Milik… oh, jejaka pelancong asing yang bergaya ala model itu!
Sorry!
Ucap Surihani pendek, sedikit menundukkan badan tanda hormat.
Jejaka itu diam tidak menjawab. Surihani berdiri di tepi tiang tidak jauh dari tempat jejaka itu berdiri. Tetapi entah mengapa Surihani menoleh lagi. Tidak dapat menahan diri mahu meneliti penampilan jejaka itu dari hujung rambut sampai ke hujung kasut. Sesekali hidungnya terhidu bau harum dibawa bayu laut yang pastinya datang dari tubuh jejaka itu. Bau yang begitu maskulin menggoda! Pheww
Kaca mata hitam Emporio Armani masih melekat di atas batang hidungnya yang mancung. Tapi sayang sekali raut wajahnya, kelihatan masam mencuka, bagaikan tidak menyenangi sesuatu. Mungkin tidak menyenangi bau hamis di sekitar jeti kerana dia dilihat sering kali menekup hidung dengan sehelai saputangan sutera. Gaya khas seorang jejaka kaya!
Jaket baldu yang membaluti tubuhnya, berjenama Kenneth Cole New York. Jenama dari pereka fesyen terkemuka New York. Terpampang logonya di bahagian poket depan.
Tak panaskah dia berjaket di tengah hari merembang macam ni? Malah Surihani yakin but kulit yang dipakainya juga pasti dari jenama yang sama. Kalau jaket pun berjenama mahal, pastilah jean yang dipakainya itu juga berjemana terkenal.
Surihani terpandang pula jam tangan jejaka itu. Jenama U-boat yang harganya mengikut pengetahuannya pasti melebihi £2,000! Pergelangan tangan kirinya dihiasi dengan wristband tertera logo Diesel. Amboi… penampilan yang sungguh mahal!
Surihani menggeleng perlahan. Hmm… jejaka berjenama. Kalau rompak dia ni, mesti kaya! Pakaian aje pun dah cecah ribu-ribu! Dia tersenyum sendiri.
What are you smiling at?
Suara keras itu mengusik pendengaran Surihani membuatkan dia terkaku. Dia menjeling. Walaupun dia tidak dapat melihat mata jejaka itu yang tersembunyi di sebalik Emporio Armani, namun dia tahu jejaka itu pasti sedang merenung marah padanya.
Oh! Pastilah jejaka itu sedar aku asyik tengok dia. Tapi tolong ya…aku bukan nak mengorat dia pun, cuma pelik melihat penampilannya yang tidak kena tempat! Macam putera dibuang dari negeri kayangan!
Kehadiran bot laju untuk ke Pulau Besar, menyelamatkan Surihani. Cepat-cepat dia beredar tanpa meminta maaf kepada jejaka pelancong itu.




No comments: