PEMBERITAHUAN

Para pembaca boleh memesan buku yang diminati melalui nbkara.com.my atau email kepada admin@nbkara.com.my


Pembayaran boleh melalui pembayaran ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855 Alliance bank account NBkara 120340010015114 Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau admin@nbkara.com.my dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B Taman Prima Saujana 43000 Kajang Selangor


Semua penghantaraan di Semanjung akan mengunakan pos laju dan tidak dikenakan sebarang bayaran.

Senarai Harga Novel boleh anda lihat di column sebelah kanan 'HARGA NOVEL' Untuk Sabah Sarawak harus mengikut harga asal SABAH/SARAWAK penghantar adalah percuma







BUNGA DI RIMBA

BUNGA DI RIMBA
RM21/RM24

PESTA BUKU SELANGOR

PESTA BUKU SELANGOR
Di Gerai N23, SACC Convec, Shah Alam Selangor

Thursday, June 2, 2011

SETELAH DILUKAI 10








10


“Kau cubalah tackle budak tu… Boleh punya... Kau minat kat dia, kan?”
Fairuz cuba mencucuk jarum.
“Aku malulah… Tengok dia macam anak orang kaya aje.”
Aidil merendah diri.
“Apalah kau ni, yang kaya bapak dia… Dia sama macam kita jugak, masih menuntut dan tak ada apa-apa…”
Fairuz masih berusaha membakar semangat Aidil agar berani mendekati Atilia.
Kelas itu mula bising kerana pensyarah yang sepatutnya memulakan kuliah jam 4:30 petang sehingga kini masih belum muncul-muncul. Jam telah menunjukkan ke angka 4:50, telah 20 minit masa berlalu. Hendak dikatakan kelas dibatalkan, tiada memo yang ditampalkan di pintu dewan kuliah tersebut.
“Hei! Diamlah.”
Aidil segera menutup mulut Fairuz dengan telapak tangannya.
“Nanti dia perasan, malulah.”
Aidil cuba menghentikan kelakuan Fairuz yang cuba mencuri perhatian Atilia. Walaupun dia cukup berminat dengan kelembutan dan keayuan gadis kecil molek yang sekursus dengannya, tetapi sehingga kini dia masih belum ada keberanian untuk menegurnya.
“Apa kau ni…”
Fairuz yang seolah-olah marah segera menepis tangan Aidil yang masih menutup mulutnya. Baginya Aidil terlalu lembap dalam mencapai misinya mendekati Atilia. Dia tahu Aidil memang meminati Atilia. Aidil selalu bercerita apa sahaja tentang Atilia, dari sekecil-kecil perkara seperti warna baju yang dipakai oleh gadis itu, sehinggalah kepada siapa teman Atilia ketika ingin ke kelas.
“Jangan lambat sangat, nanti melepas kau!”
Fairuz terus berjalan ke barisan hadapan dan dengan selamba melabuhkan punggungnya di kerusi sebelah Atilia yang masih kosong. Melihatkan keadaan itu, Aidil tidak senang duduk di belakang. Kedudukannya hanya dua baris sahaja di belakang Fairuz dan Atilia. Kecut hatinya jika rahsia diri dipecahkan oleh Fairuz.
‘Tak guna punya kawan!’ Aidil merungut sendiri.
“Sorang saja…?”
Fairuz mula mengatur bicara dengan Atilia yang dilihatnya agak serius.
“Kuliah tak ada kut.”
Fairuz masih cuba bersikap ramah dengan sikap dingin Atilia. Namun Atilia masih membisu seribu bahasa.
‘Ada emas kut, dalam mulut budak ni...’
Fairuz mengutuk di dalam hati tetapi masih tersenyum manis memandang Atilia.
Memang diakui Atilia ada daya tarikan tersendiri. Kecantikannya, kecantikan asli walau tanpa disolek. Dia manis dipandang. Kulitnya yang putih kuning, benar-benar memikat. Terpesona dia memandang. Fairuz tersenyum sendiri. ‘Patutlah Aidil separuh gila minat kat budak ni, silap-silap aku yang sambar.’
Fairuz berbicara namun hanya terbuku di hatinya. Dia masih leka memandang Atilia. Aidil yang memandang dari atas terselit rasa cemburu dengan sikap sahabatnya yang cuba memotong jalan.
‘Harapkan pagar, macam pagar nak makan padi aje.’ Aidil sempat mengutuk di dalam hati.
“Awak tak ada kerja ke asyik tengok saya?”
Atilia tidak senang dengan renungan Fairuz. Wajah kacukannya memang menawan dan menunjukkan lelaki yang cukup menjaga status sebagai lelaki pemburu. Terasa bagai dirinya ditelanjangi.
“Lah…! Awak boleh bercakap rupanya.”
Fairuz seolah-olah terkejut sebaik sahaja mendengar suara lunak Atilia. Atilia geram.
“Betullah kuliah ni dibatalkan agaknya… Dah pukul lima petang ni. Apa pendapat awak?”
Fairuz masih berbicara ramah walaupun dia tahu Atilia sukar didekati.
“Kalau awak dah pasti kuliah batal, kenapa masih tunggu?”
Atilia secara halus menyuruh Fairuz pergi dari sisinya.
“Menghalau nampak!”
Fairuz seolah-olah dapat membaca apa yang difikirkan Atilia.
‘Hai! kau tak tertawan ke dengan wajah handsome aku ni? Ramai awek yang cuba menggoda tau!’ Fairuz tersenyum sendiri.
“Bukan menghalau, maaflah kalau awak terasa... Tapi kesian kat kawan yang awak tinggalkan sorang-sorang di belakang.”
Atilia cuba menjernihkan keadaan. Dia tidak suka mencari musuh.
“Ya ALLAH…!”
Fairuz menepuk dahinya berkali-kali.
“Kenapa pulak tu? Dah sakit kepala pulak ke?” Atilia hairan melihat gelagat Fairuz.
“Bukan sakit, tapi terlupa… Pandang muka awak saja lupa misi saya.”
Fairuz mengingati tujuan sebenar dia berada di sisi Atilia ketika itu.
“Misi…? Misi apa?” Atilia bertanya hairan.
“Kawan saya kirim salam kat awak…”
Fairuz dengan beraninya menyuarakan hasrat hati Aidil.
“Kawan awak yang mana?”
Atilia bertanya tetapi masih serius.
Serentak itu Atilia dan Fairuz berpaling ke belakang memandang Aidil. Namun Aidil lebih dahulu bertindak pantas meninggalkan dewan kuliah itu. Fairuz hanya menggeleng kepala memandang Atilia.
Samdol betullah mamat ni...’ Akhirnya Fairuz mengutuk kawan yang dirasakan pengecut. Sia-sia sahaja usahanya sebentar tadi.
“Okeylah Cik Atilia, saya blah dulu. Nak cari mana kura-kura tu menghilang.”
Fairuz meninggalkan Atilia dengan perasaan kecewa. ‘Payah-payah aku ajelah tackle budak ni...’ Fairuz tersenyum sendiri memasang angan-angan.
Fairuz berjalan dengan perasaan geram dengan tindakan Aidil. Dia pasti Aidil sedang menyembunyikan diri.




2 comments:

rokayah said...

bila nk sambung?

Leadership Developmant Training said...

kunjungan gan .,.
bagi" motivasi
keberuntungan selalu menghampri kita
hanya saja kita yg trkdng tdk brfkir demikian.,.
si tunggu kunjungan baliknya gan.,