PEMBERITAHUAN

Para pembaca boleh memesan buku yang diminati melalui nbkara.com.my atau email kepada admin@nbkara.com.my


Pembayaran boleh melalui pembayaran ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855 Alliance bank account NBkara 120340010015114 Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau admin@nbkara.com.my dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B Taman Prima Saujana 43000 Kajang Selangor


Semua penghantaraan di Semanjung akan mengunakan pos laju dan tidak dikenakan sebarang bayaran.

Senarai Harga Novel boleh anda lihat di column sebelah kanan 'HARGA NOVEL' Untuk Sabah Sarawak harus mengikut harga asal SABAH/SARAWAK penghantar adalah percuma







BUNGA DI RIMBA

BUNGA DI RIMBA
RM21/RM24

PESTA BUKU SELANGOR

PESTA BUKU SELANGOR
Di Gerai N23, SACC Convec, Shah Alam Selangor

Tuesday, May 24, 2011

SETELAH DILUKAI..AKAN TERBIT NANTIKANNYA..






1


Aku
Berikan kasih
Kalau itu yang kau mahu daripada aku
Aku
Berikan cinta
Untuk membahagiakan harimu
Aku
Sayang dirimu
Biarpun nafasku sampai terhenti.
Akan kukota janji kita
Mendirikan Taj Mahal cinta
Seteguh kasih
Shah Jehan kepada Mumtaznya.

From Mukriz.

Zahniah tersenyum ceria membaca kata-kata yang tertera pada kad ucapan yang diselitkan di jambangan bunga yang kini menghiasi mejanya. Biliknya yang sentiasa tersusun kemas, semakin terserlah keseriannya dengan hiasan dan haruman segar jambangan itu.
“Wah! Bertuahnya badan. Angin tak ada... ribut tak ada… tiba-tiba bulan jatuh ke riba.”
Marlia, pembantu Zahniah tiba-tiba menyergah setelah penat tangannya mengetuk pintu bilik pejabat bosnya.
“Hoi! Nak masuk, berilah salam dulu.”
Zahniah berpura-pura marah kerana kehadiran Marlia telah mencantas angan-angan indahnya sebentar tadi.
“Beri dah, bos yang tak dengar, apatah lagi menjawabnya.”
Marlia menjawab sinis mengenakan bosnya kembali. Dia tahu bosnya mempunyai mood yang baik pagi itu.
“Awak dah tak pandai nak ketuk pintu dulu ke? Pakai redah aja?”
Zahniah masih bersisa marahnya.
“Kalau pintu boleh bercakap, dah mengaduh agaknya kesakitan badannya diketuk beberapa kali. Bos, kalau nak berangan pun biarlah bertempat.”
Akhirnya Marlia berterus terang.
Sorry la. Awak dah sarapan ke? Mari saya belanja…”
Zahniah yang menyedari kesilapan diri, segera memujuk.
“Hah! Macam tulah bos. Langkah kanan saya hari ni. Silakan bos.”
Marlia membuka pintu sambil mempersilakan bosnya berjalan dahulu. Tertawa besar dia kerana dapat makan free hari itu. Zahniah tersenyum dengan gelagat pembantu peribadinya yang baru sahaja dua bulan bertugas menggantikan Puan Zaleha yang berhenti kerja kerana mengikut suaminya yang berkhidmat di luar negara. Marlia masih muda, baru sahaja menamatkan pengajiannya di ITM. Kelakuannya agak gila-gila, tetapi kerjanya cukup cemerlang.
“Rezeki terpijak saya hari ni, bos. Tapi kira okeylah, kan? Bos pun hari ni bulan jatuh ke riba, tak payah lagi jadi pungguk yang rindukan bulan.”
Marlia terus berceloteh. Zahniah hanya tersenyum. Terhibur juga dengan telatah pembantu baharunya.
“Awak nak makan apa ambillah, saya belanja hari ni.”
Zahniah mempelawa sebaik sahaja mereka berada di kafeteria. Ketika Zahniah mengambil beberapa keping kuih tradisional yang disediakan, dia merasa seperti diperhatikan seseorang. Tetapi tidak diendahkannya, mungkin hanya perasaannya. Dia segera mengambil tempat duduknya setelah mengambil minuman jus yang disediakan secara layan diri. Melihat makanan yang diambil oleh Marlia, tidak berkelip-kelip matanya memandang.
“Okey bos, saya makan double, merangkap makan tengah hari. Bukan senang nak dapat belanja bos, kan? Sesekali ada peluang, saya sesahlah. Halalkan, ye bos?”
Selamba dia memulakan suapannya. Sepinggan nasi lemak lengkap dengan sambal sotong dan ayam gorengnya, ditambah dengan dua keping roti canai dan secawan besar air Milo ais.
“Awak makan atau melantak, Marlia?”
Zahniah masih hairan, bagaimana tubuh kecil pembantunya itu mampu menghabiskan makanan yang sebegitu banyak?
“Bos, tak baik cakap macam tu… Macam tak ikhlas je belanja saya.”
Marlia bukan sahaja terkenal dengan mulutnya yang tak reti senyap, tetapi juga cukup cekap mengeluarkan kata-kata pedas dengan akal loyar buruknya.
“Saya ikhlas. Makan je la. Jangan lupa baca bismillah.”
Zahniah meredakan keadaan akhirnya. Memang pembantunya ini sentiasa gila-gila. Maklum sahaja, umurnya baharu masuk 21 tahun berbanding dengan dirinya yang telah cukup matang. Usia 27 tahun sebenarnya hampir sahaja membolehkan dia dianugerahkan gelaran andartu. Kakaknya, Shamsiah yang walaupun hanya tua setahun daripadanya, tetapi telah hampir sepuluh tahun mendirikan rumah tangga. Walaupun mereka masih tidak punya cahaya mata, tetapi tetap kelihatan bahagia.
Zahniah masih lagi terasa ada sepasang mata yang memerhatikan dirinya sedari tadi. Dia memberanikan diri memandang ke arah sepasang mata tersebut. Serta-merta matanya terpaku, dia tergamam, lidahnya kelu… Dia benar-benar tidak menyangka.




No comments: